Wednesday, June 8, 2011

Kalau dah berlebih sangat...

Kalau dah berlebih sangat jangan bagi muka pada remaja yang lemau ni...lagi di biar lagi menjadi..elok di pangggg kan aje. Suka mak bapak kau orang aje ye, main campak2 baby. Dasar korang remaja lemau ni bangang, tak kenang budi..korang dulu mak bapak korang tatang setitik pon tak tumpah..ini kan pulak nak campak2 korang sampai mati..cissss

rehat jap..kena teh tarikk

Monday, January 10, 2011

Baru 10 hari 2011

Di khabarkan baru saja masuk 2011 sudah ada 7 kes pembuangan bayi..adeshhh.

Monday, October 4, 2010

U-Turn

Kembalilah wahai sekalian remaja dan kawan2..kembali kepangkuan Allah dan Rasul. balik lah..
seluas mana..seberat mana dosa yang kamu lakukan, pasti di ampukan Allah.

Tidak didulukan kemungkaran Allah pada kamu melainkan di dulu kannya Kasih SayangNya pada kamu.

Balik lahh

AWAS Perangkap Anak-anak Perempuan Islam

AWAS Perangkap Anak-anak Perempuan Islam
dari blog http://www.ustaznoramin.com/2010/09/awas-perangkap-anak-anak-perempuan.html

Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Anak Dara Atau Gadis Sekarang Jahil Agama

Copy dari blog http://www.ustaznoramin.com/2010/03/anak-dara-atau-gadis-sekarang-jahil.html

Anak Dara Atau Gadis Sekarang Jahil Agama
Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.

Monday, June 28, 2010

Monday, May 31, 2010

Hantar anak mengaji

Salam..asyik nak bengang aje kan..tak syok la.

Secara peribadi saya melihat, banyak manfaatnya apa bila menghantar anak2 ini ke sekolah agama. Biar la anak ini penat.. jalan sampai mengeheret beg, berjalan menggunakan lutut..tapi yang paling penting kita mahukan anak2 ini esok tahu membezakan halal dan haram. Setidak-tidaknya mereka ini dapat menempuh dunia ini dengan berbekalkan ilmu pengetahuan agama. Asas mesti nak ada..Agama tu penting..ok..ok (control bengang ni)

Bila mereka dah besar esok, mana larat dan mampu kita nak ikut bontot anak2 ni untuk ambil berat dari hari ke hari..setidaknya asas agama tu tadi menjadi pengetahuan dan menjadi guide pada mereka. Ingat!! hantar anak ke sekolah agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...