Tuesday, November 24, 2009

Bertambah ganas manusia ini

..
Salam

dari terus mengikuti perkembangan semasa..bertambah banyak pulak berita2 keMAKSIATan berleluasa.

Apa sebenarnya yang berlaku..benarlah kata Nabi kita Muhammad S.aw. bahawa akan satu ketika akan berlaku maksiat yang berleluasa..bahkan berlaku di tepi jalanan.

Ini semua sudah berlaku..lihat saja anak2 muda yang duduk bertenggek macam beruk secara berkumpulan..melayan aksi lucah dalam hp..tu semua berlaku di jalanan. maksiat bukan saja berlaku apa bila ada pasangan jantan dan betina..tapi berlaku juga maksia mata, tangan, kaki telinga...kena ingat kesemuanya. sekurang2nya ada 7 punca maksiat.

ok lah..beruk2 sekalian wa nak rehat sekejap.


.

Monday, November 9, 2009

Anak Luar Nikah meningkat

.

Johor Baharu - Johor mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah seramai 2,399 orang bermula Januari sehingga Mei tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,610 orang sejak 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, berdasarkan jumlah itu, kaum Cina mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah tertinggi iaitu 1,397 orang diikuti Melayu seramai 592 orang dan India (410).

Beliau berkata, jumlah kelahiran anak luar nikah di negeri ini pada tahun lalu adalah seramai 3,380 orang yang menyaksikan peningkatan jumlah bagi setiap tahun sejak 2006.

"Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak luar nikah di bawah umur 21 tahun sepanjang lima bulan tahun ini adalah seramai 400 orang manakala pada tahun lalu 880 orang. Sementara itu, jumlah permohonan daftar lewat kelahiran pula bermula Januari hingga 25 Jun lalu adalah seramai 732 orang dan jumlah keseluruhan permohonan sejak 2006 adalah seramai 4,302 orang," katanya.

2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor
= 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sahih ke tak sahih..

.

Friday, November 6, 2009

Kan dah kena SAMAN..anak oh anak..

.

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.


Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


Agak-agak korang sampai hati tak nak halau ibubapa keluar dari rumah...petuihhhhhh


.

Monday, November 2, 2009

Nak kenal pasangan ?

Salam

Nak kenal pasangan lihat dulu sapa kawan-kawan pada pasangan kita..kalau jenis yang tunggang langgang..ada harapan pasangan kita itu pon jenis yang semacam itu..esok kita pon jadi tunggang langgang sama. bila dah tunggang langgang, ada harapan le nak menonggeng, hah..masa tu mata hitam dah tak nampak, nampak mata putih aje...dah masuk alam syiok kononnya..pirahhh...mula janji manis di taburkan..itu pon kalau dapat rasa manisnya..kalau dapat hempedu katat...mati katak le sorang2 bawak perut memboyot...Nauzubillah.

Jadi selidik betul2 sapa kawan2 pada pasangan kita. Mudah-mudahan sedikit gambaran penilaian akan dapat kita lihat pada pasangan kita. Kalau di sorok macam mana pon pasti terburai..ibarat katak kena gelek ngan taya kete. Katak juga jadi mangsa yek...heheheheh


ok..lepak jap.


.

Selalu teringatkan nak buat maksiat

.
Salam

Ermmm, ramai yang selalu terasa begini, bila di lihat dan di teliti antara faktornya adalah mind set kita sendiri yang menjurus ke aras pemikiran yang semacam tu. Hati kotor, minda kotor, percakapan kotor...itu yang terlintas dalam diri untuk menzahirkan perkara yang kotor tu tadi dengan perbuatan. Bila dah terzahir dengan perbuatan..bersorak sekalian iblis dan syaithan. Jadilah kita kuda tungangan Nafsu. bayangkan kita jadi kuda di tunggang oleh orang lain...jangan lah letakkan diri kita yang Tuhan jadikan sesempurna kejadian ini tapi di tunggang oleh iblis dan syaithan. Penat oo...50 tahun hidup tapi jadi hamba pada syhaitan. seposen tak untung


Fikir2kan lah

.

Tuesday, October 27, 2009

Terimalah Taubat ku ini Ya Allah


***
******

Ya Allah terima lah Taubat ku ini,

Kepada siapa lagi yang hendak ku hadapkan diriku ini,
Diri yang penuh dengan kudis-kudis dosa,
Hanya pada Mu sahaja Ya Allah ku hadapkan wajah ku ini.
Aku yakin, sekeji dan sehina mana juga diri ku ini hanya Engkau lah yang sanggup menatapnya
Terima lah Taubatku Ya Allah sesungguhnya Engkaulah tempat ku mengadu dan
Engkaulah tempat ku memohon Taubat.

Wahai Allah..wahai Allah...wahai Allah..Terimalah taubat ku ini

Amin Ya Rabbal A'lamin



*
****

Dalam sehari berapa kali buat kebajikan ?

...


.
Cuba kira tengok, bukan nak suruh berkira2 tapi nak menelek diri sendiri dalam berbuat kebajikan.

Hah..takde le tuh...elok terjun lombong.



.

Ingat..Jangan kata esok masih ada

.
.
Kalau korang rasa esok masih ada...mmg kepala korang sebu, elok pi tukar dengan kepala gajah.
Ingat ye..esok dah cite lain..so hari ni apa saje yang korang hajatkan..usahakan sampai dapat. Kalau beribadat tu buat sungguh2..rasakan seolah-olah esok mmg kita dah takde kat muka bumi..ni, senang cite esok kita dah nak mati.

sebelum tidor..bayangkan kita di mandikan (macam kena mandi mayat tu), pastu di kapankan...di sembahyangkan orang pada diri kita...kita masa tu apa pon tak leh buat..kawan2 pakat tengok, jangan kata nak sedih..ntah2 pedulik pon tak..ye la kan kita dah mati..di angkat orang jasad kita, di bawak dalam van mayat..terhumbang ambing kita dalam van tu..udah le takde bantal...tilam vono lagi le takde..alas dengan keranda mayat jek..dah tu masuk dalam lubang kubur. mana pi awek dan pakwe korang yang cun dan macho tu..semua tgk dari jauh je..tu pasal le kalau tak usahakan benda yang manfaat kat atas muka bumi ni...tok sah hidup le..ni pi merempit, tonggang arak, main betina, cari jantan...pi rahhhh korang. kalau ikutkan tak guna nak nangis orang macam ni..sebab dia sendiri yang pilih jalan dia macam tu. so tido la dalam tanah..tu pon kalau boleh tido dengan aman hehehehehee

MA RABBUKA....


.

Jangan skema sangat wahai remaja !!

pada remaja di luar tu kalau boleh jangan skema sangat...natural kan diri dengan alam sekitar. duduk di pertengahan (sebab tu rasulullah suruh bersederhana)



.relek jap..

Remaja sekarang tak reti bercakap !!

Salam..

Wahai remaja sekalian, apasal korang badan besar tapi pemikiran macam budak2..bila cakap tak matang langsung...tergagap2 cuba korang perati bila ada remaja di interview di tv..cakap macam orang mabuk..tak bernas..sori beb

Jadi lah orang yang berfikir, guna akal..jangan guna kepala lutut..lutut pon ada kepala tapi takde otak kat situ..hehehehe


.

Friday, August 14, 2009

Sejak akhir2 ni kena byk bersabar

.

Sabar..sabar, koranag ada baca kes buang bayi di asrama, sekolah agama tu ?

Sabar..sabar

.....

.

Wednesday, August 5, 2009

Bayi mati di makan biawak

.

Komen aku : Sebenarnya Allah Taala nak tunjuk pada mak bapak dia esok kalau mati itu la siksaan yang akan di terima oleh mak bapak dia. Budak tu dah mmg ke syurga.

KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut

Sumber : KOSMO 5 Ogos 2009




.

Thursday, July 23, 2009

Merempit adalah BADUT JALANAN / SARKAS JALANAN

Sikit-sikit Boring, Bosan, Tension, Emo - Ini lah Remaja sekarang memang LEMAU dan SENGAL

.

Sori beb...


komercial break jap hehehhe


.

Remaja Lebih Memuliakan Rakan-Rakan daripada Memuliakan IbuBapa

.

Lempang kan aje kasi jadi lempeng, sebelum makcik pakcik jadi lempeng



.

10 kali gugur anak

.


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri - H.METRO (bila? entah le)


KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.( -----------> panjang berita ni, malas nak paste..tapi ending dia)

dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.


.

Wednesday, July 22, 2009

Dia seorang yang miang dan gatal !@#$%^&*



Salam my fren



Kalau pasangan korang ada jenis yang lagu ni, jenis gatal atau miang..hati-hati okeyyyy, bila dia dah bertukat kepada sifat Syaitan hah jawab le.

Syaitan tu sifat dia membisik/menghasut, kalau ada member atau pasangan yang membisik2 untuk berbuat maksiat atau kejahatan, tu setan le tuh..elok di sepak masuk longkang aje.


ok rehat jap.


..

Kesalahan tu kat dalam



Salam my fren


Kesalahan yang kita lakukan itu berpusat di dalam..bukan di luar..so kena bersihkan di dalam tu dulu. Ini tak, yang kat luar pulak di lebih2kan, kalau yang perempuan bukan main tebal...8 inci mekap. aduuhhh...

Nak berubah ni kena kurangkan cakap..byk meneliti dalam hati..apa nak buat lepas ni, aku buat ni ada manfaat tak...kena tanya kat dalam hati tu..tapi jangan paksa diri..nanti tension..kalau dah tension jangan salahkan orang lain pulak,


ok kasi komersial break jap.

..

Berdiri tu hanya kurang sejengkal



Salam my fren


Hidup kita seharian ni ibaratnya berdiri di hujung ibu jari kaki, yang mana belakang kita itu adalah lubang kubur. Hanya tinggal di tiup sahaja...fuhhhhhhh....hah tergolek le masuk kubur. Jadi beringat-ingatlah kamu.

Mati tu tidak menunggu banyak nye amalan, banyak nye taubat...kalau dah di jemput tidak kurang dan tak lebih pasti Mati. Jangan mati dalamberbuat maksiat sudah la kan...nak kata apa lagi. Mudah-mudahan nyawa kita di cabut sebaik mungkin.


..

Jangan sesekali NIAT untuk mencuba-cuba buat maksiat.



Salam my fren


Jangan terdetik, jangan ikut-ikut (orang yg ikut-ikut ni serupa macam "orang-orang" patung kat tengah sawah tu).


..

Thursday, July 16, 2009

Berubah Jangan Drastik

Salam my Fren


Nak berubah kena slow-slow, jangan gopoh, fokus pada matlamat dan laksanakan perintah yang Wajib. Solat jangan tinggal.

Dalam sehari buat la solat Taubat 2 rakaat, tu dah memadai bagi yang memula mencari ketenangan. Tak perlu di canangkan atau pergi ketuk-ketuk kat masjid untuk nak beritahu pada sekalian penduduk kampung yang kita nak berubah, kita berubah dari dalam dulu, didik hati supaya tinggalkan semua perkara maksiat. Didik hati laksanakan perintah ALlah tak dapat buat banyak dapat buat yang sikit pon tak pe, tapi jangan berkira dalam beribadat.

Apa yang kita buat tu rasakan itu semua adalah rahmat ALlah pada diri kita. bukan sebab diri nak jadi baik tapi kerana kehendak Allah itu sendiri. Kita ni lemah, kalau kita ni hebat sangat tentu kita sendiri yang hapuskan dosa kita kan, ini tak dosa kecik pon kita kena minta ampun kat ALlah. Cari kawan-kawan yang sederhana dalam hidup, kalau terlalu baik sangat kawan pening kepala nanti. sebab susah nak match..kalau dapat match lagi bagus.

Hukum Bagi Penzina


Note : Aku berdoa supaya perempuan yang kat atas ni di ampuni oleh ALlah Taala


Salam my Fren



Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :

1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN

ZINA MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

Jangan Dekati Zina

Salam my Fren

Jangan Dekati Zina .... ! (artikel khas untuk bacaan korang)


Seburuk-buruk kejadian tentang masalah zina seperti apa yang di sebutkan oleh Ibnu Jauzi rahimahullahu ta’la di dalam kitabnya : dzhammul hawa yaitu ringkasannya sbb :

Seorang pemuda dipusingkan oleh suatu perkara, selama 3 hari bermimpi dengan mimpi yang sama yang membuatnya tidak bisa tidur, yaitu kuburan-kuburan yang ada di dekat rumahnya seakan-akan terbongkar lalu datanglah orang-orang kubur tersebut bangkit mendatangi pemuda ini, yaitu mereka meminta agar pemuda ini berupaya agar menggagalkan rencana penguburan jenazah seorang wanita yang sebentar lagi akan dimakamkan di situ karena tidak kuatnya mereka menahan bau busuk yang akan mereka terima dikuburan tersebut jika jenazah wanita itu dikuburkan bersama dengan mereka.

Sehingga pemuda ini bingung, 3 hari berturut-turut pasti ada apa-apa, lalu ia berangkat ke kuburan tersebut dan bertemu dengan tukang penggali kubur seranya bertanya : ‘wahai bapak, adakah orang yang akan dikuburkan hari ini di tempat ini?’ maka dijawab oleh bpk itu : ‘Benar, akan ada seorang wanita kaya raya yang meninggal barusan, mereka telah membeli tempat ini dengan harga yang sangat maha, karena banyak tempat-tempat yang tidak menerima dia’ , lalu pemuda ini menceritakan perkara mimpinya itu kepada si penggali kuburan ini sehingga membuat bapak penggali kuburan terheran-heran dan akhirnya mereka sepakat bahwa mereka juga menolak jenazah wanita yang hendak menempati tanah perkuburan tersebut.

Membuat pemuda tersebut penasaran dan ingin tahu siapakah gerangan wanita yang membuat takut penduduk kubur dengan dosa-dosa yang menduduk kubur juga lakukan, akan tetapi kenapa mereka lebih takut dengan dosa dari si wanita kaya raya ini, sehingga pemuda inipun datang ke tempat ta’ziyah wanita kaya tersebut, ia dapati disana orang yg hadir sangat ramai & dilihatnya keranda jenazah wanita tsb sudah diberangkatkan menuju ke kuburan lain yang ada menerimanya, tentunya dengan harga yang tidak kalah mahalnya.

Kemudian, pemuda ini melihat ada 2 orang laki-laki, 1 yg tua dan 1 lagi yang muda dan gagah, sepertinya lelaki yg muda tersebut adalah anak jenazah wanita itu dan memang benar ketika pemuda ini bertanya kepadanya, lalu kemudian pemuda ini menceritakan perihal mimpinya, sehingga anak tersebut juga ikut penasaran seraya berkata : “sesungguhnya saya penasaran dengan cerita engkau, akan tetapi saya tahu satu-satunya orang yang mengerti tentang apa-apa yang dilakukan oleh ibu saya adalah dayang yg sudah kami anggap sebagai orang tua kami” , maka berangkatlah 2 orang tersebut meninggalkan acara itu dan akhirnya bertemu dengan nenek / dayang ini.

Lalu anak ini bertanya : ‘wahai nenek, apa yang telah dilakukan, sehingga pemuda ini bermimpi yang tidak-tidak terhadap ibu?’ dengan desakan sang cucu, sehingga dayang ini akhirnya mau angkat bicara, ‘demi Allah wahai anakku, sebanyak dosa dan ma’siat yg dilakukan ibumu, ada 3 yg nenek paling takutkan Allah tidak mengampuninya’ kemudian anak ini mendesak : ‘apa itu wahai nenek, ceritakanlah..?’ kemudian dayang ini melanjutkan : ‘sesungguhnya ibumu adalah wanita yang tidak pernah puas dengan laki-laki, ayahmu ketika di toko/kedai sedang sibuk melayani tetamu, tidak berselang 1 atau 2 hari maka telah datang di kamar ayahmu 2 atau 3 laki-laki serentak utk melayani nafsu bejat ibumu, begitulah, sampai karena perzinaan tersebut lahirlah engkau wahai anakku, engkau bukanlah anak dari ayahmu, akan tetapi engkau adalah semua gabungan sperma laki-laki yang telah menjamah ibumu’.

‘lalu, apa lagi nek, apa lagi yg dilakukan oleh ibu?’, nenek itu melanjutkan : ‘setelah engkau dilahirkan, ia sangat mencintai engkau, kemudian engkaupun tumbuh dan tumbuh, menjadi seorang remaja yg gagah, lalu suatu hari ibumu datang dan mengejutkan nenek, bahwa ia tidak sabar lagi dengan engkau, pandangannya sekarang bukanlagi pandangan seorang ibu kepada anaknya, akan tetapi pandangan seorang wanita kepada laki-laki lain, lalu nenek ingatkan ia, ittakillah, bertaqwalah wahai fulanah, tidak cukupkah engkau terhadap laki-laki yang datang secara serempak kerumah suamimu?’

lalu wanita ini menjawab : ‘wahai ibu, biarkanlah saya yg akan menanggung semua dosa itu, akan tetapi saya sudah tidak sabar lagi dengan ketampanan dan kejantanan anak itu, izinkan saya ibu untuk bisa menjamahinya‘ ‘maka nenekpun mencari siasat dan kilah bagaimana caranya agar engkaupun jatuh ke pangkuannya, maka nenek ajarkan engkau tulis dan baca agar dapat bercinta dengannya (ibumu) dengan surat yg ditulis ibumu dan membuat janji di suatu malam dalam keadaan listrik dimatikan yg kemudian menghasilkan perzinaan, sekali, dua kali yg itu berlanjut selama berbulan-bulan sampai akhirnya ibumu hamil dan mengandung.’

‘ibumu pun gundah, dan dia datang kepada nenek dan bertanya apa yang harus ia lakukan?, maka nenek katakan kepadanya, gugurkanlah janin tersebut, selamatkan wajahmu dari murka suamimu akan tetapi ibumu menolaknya dan dia bertakad utk membesarkan bayi yg ada dlm perutnya itu, lalu ibumu minta permisi kepada ayahmu dengan berdalih bahwa ia rindu akan kampungnya dan agar diizinkan pulang, sampai akhirnya ia melahirkan di sana anakmu sekaligus adik kandungmu setelah dilahirkan, iapun kembali pulang dan kembali melakukan kebiasaan buruknya tersebut. Anak tersebut berkembang menjadi gadis yg cantik jelita, kemudian ibumu berkata kepada nenek, wahai dayang, sesungguhnya anak ini telah menjadi gadis, dan saya inginkan dia tinggal di rumah saya (rumah suamiku), maka nenek berkata, ittaqillah , takutlah engkau kepada Allah, bagaimana bisa engkau membawanya sedangkan itu adalah aib yg takut nanti terbongkar oleh suamimu, ‘tidak ne, harus ada jalan agar ia bisa tinggal bersamaku, aku akan katakan dia adalah budak/pembantuku, sehingga ia diperbolehkan tinggal di rumah suamiku’ .

Setelah berapa lama, datang lagi wanita ini kepada dayang tersebut, dan ia mengatakan, ‘wahai nenek, satu lagi yg harus saya rencanakan’, ‘apa itu?, tidak cukuplah segala dosa dan ma’siat yg engkau lakukan salama ini?’, dia (wanita) ini mengatakan, ‘wahai nenek, saya harus menjodohkan anak saya tersebut dengan anak saya tersebut (anak hasil perzinaan pertama dengan anak perzinaan yg lainnya), kata nenek : ‘kenapa engkau jodohkan?, bukankah itu anaknya, bukankah itu haram baginya’, maka wanita ini juga berkata : ‘wahai ibu, sesungguhnya saya tidak tega wanita ini jatuh ke tangan laki-laki yg lain‘ .

Kemudian berkata nenek itu kepada anak yg bertanya ini, : ‘wahai anakku, dialah sekarang istrimu dan dia adalah ibu dari anak-anakmu yg engkau telah menikahi adik sekaligus anakmu’.
Mendengar itu, pemuda ini langsung pingsan tidak sadarkan diri.
Selesai.


Itulah yang di disebutkan oleh Asy-Syeikh Ibnu Jauzi dalam kitabnya dzhammul hawa yaitu seburuk-buruk zina, lihat, bagaimana suatu zina akan melaharikan perzinaan yang lainnya.
Mudah-mudahan peristiwa ini dapat menjadi ibrah / pelajaran bagi kita untuk benar-benar tidak mendekati zina, apalagi melakukannya.
Wallahu a’lam bis ssawaf.

Sudah 2 kali gugurkan kandungan

Salam my Fren

Adoiii bab ni memang tak tahan nak dengar...
orang kat luar sana punya la teruk nak dapatkan anak, kau plak nak buang anak,.....(biasa dengar ayat-ayat ni kan)
Benda ni berlaku juga pada kawan aku, jenuh nasihat. Memula ye..ye, last abis. Ini le bahana kalau turut nafsu, satunya dah tiada perasaan malu, keduanya dah mula ada sifat membunuh (mmg takde belas kasihan) yang ketiga akan di selubungi satu perasaan yang salah menyalahi diri sendiri.

Tapi yang aku heran kejadian yang pertama dulu tak menjadi pengajaran ke pada orang macam mereka ni, ke bila dah stimm, mata hitam dah hilang lupa segalanya ? Ya ALlah ampunkan lah dosaku.

Kadang-kadang terpikir dosa mencuri duit 5 sen pon ntah di ampunkan ke tidak...

Dah Cuba nak Stop tapi payah la. - Part 1




Salam my Fren


Memang le payah sebab kekotoran dalam hati dah likat pekat. Jangan gopoh-gopoh, sebab benda gopoh-gopoh ni dari Syaitan. Buat pelahan-pelahan tapi fokus dan kekal dalam keinginan untuk berhenti dari berbuat maksiat. Ingat beb benda maksiat tu kau dah buat bertahun-tahun takkan sehari dua dah nak jadi baik...gile ke apa? sapa yang cari penyakit dia kena ubat sendiri.

Tapi banyakkan berdoa. Bertaubat kena selalu, bila dah declare TAUBAT (bukan TAU BUAT tau) kena tahu mana tempat atau port-port yang boleh datangkan keinginan dalam nak melakukan maksiat. dah tau mana port, jangan pergi atau ulangi lagi. kalau selalu masuk web yang ada unsur-unsur lucah, stop terus...buat satu-satu.

ok relek jap

Remaja Perempuan Bodoh Dalam Bercinta ?



Salam my Fren


Mana tak nye, korang nak marah-marah le, masih bercerita pasal 3gp lagi ni. Releks jangan marah-marah.

Apasal korang budak perempuan ni diam macam orang bodoh, kaku, kejang boleh biarkan pasangan gile babi kau tu ambik gambar buat klip 3gp cap berair ni. Bongok tak...memang bongok la beb. Pasangan gile kau tu relek je..tak tanggung malu tapi kau yang perempuan bodoh ni tanggung kesemuanya.

Itu le orang nak bercinta korang nak bercinta..tapi bodoh. Tak salah aihhh kalau nak bercinta, tapi ikut le lunas-lunas islam....hah itu le, dengar pasal islam aje dah boring.

Macam ni la, korang bercinta tu bersederhanalah...ye memang sesetengah kita ni kurang didikan agama, kurang pengetahuan agama..tapi jangan lah sampai bodoh kering sampai tak reti nak bezakan mana buruk dan baik.

Ye bercinta la..rasai lah kasih sayang yang Tuhan kurniakan pada setiap Adam dan Hawa tu. Tapi jangan keluar rel.. keluar kalu memang terbabas. Korang pandu elok-elok. Aku tak reti nak nasihat-nasihat ni...tapi kita share le mana patut.

ok komersial break ekekeke..

wassalam

Buang Anak



Salam my Fren


Tak silap aku solat Jumaat yang lepas Pak Khatib bagi kutbah pasal ni la, makin meningkat kes ni, aku sedih sungguh bila baca kes yang sebegini.

Bayangkan anak kecik tu di tinggalkan kat tong sampah dalam keadaan gelap, di bubuh dalam plastik plak tu...tak kira la budak tu dah mati awal ke tak tapi cuba kita rasa perasaan yang tu. Ada pulak yang di campakkan ke sungai..agak2 korang macam mana cara budak tu bernapas, tercungap la, bengong tol, bayi tu mesti dia ingatkan dia tengah minum air susu ibu dia tapi rupanya air sungai yang penuh dengan taik, sampah.

Ye betol budak tu takde dosa, memang terus ke syurga, tu budak tu yang masuk syurga..kita yang buat dosa ni...tunggu aje la di siat-siat.

ok komersial break jap (sedih beb)

wassalam

Kaki Download 3gp !@#$%^&*



Salam my Fren,


Amacam hari ni dah berapa klip 3gp lucah yang korang dah tengok, semalam ? sebelum tu ? Itu aje la kerja korang, melayan Nafsu yang korang dah cop sebagai tuhan. Nauzubillah. Ikut perintah Nafsu dalam benda yang bongok ni menandakan bertuhankan nafsu le tu. Sembah dan patuh la pada Nafsu tu.

Korang tak perasan ke korang yang selalu tengok cite porno/lucah/blue ni ada mengalami masalah. Tak perasan ke ? Dah berapa kali korang datang keje lambat ? Dah berapa kali korang tukar tempat kerja, prestasi kerja macam mana? Pernah sesak duit, pernah putus duit..kekekekek

Ni mesti korang pernah...korang ni mesti kaki pinjam duit kat member2 kan. Mana taknya orang yang suka berzina ni rezeki sempit...kau tau apa makna sempit...bukan sumpit daaa, rezeki susah. Sebab kau dah tutup pintu rezeki. Kau dah selimut hati dengan acara-acara Mega maksiat. tengok porno tu zina le tu..tapi zina mata. memula memang le mata lepas tu turun le zina kemaluan yang tak tau malu tu.

orang yang suka tengok porno ni, dari segi percakapan olahan dia bercakap serta berfikir macam sampah...cakap takde isi. so boleh la di katakan korang ni yang suka tengok blue/porno ni bodoh dalam bercakap dan berfikir oohh lupa..satu lagi bongok dalam bertindak.

ok komersial break jap

wassalam

Kita Kaya Dengan 3gp !@#$%^&*




Salam my Fren


Ya kita kaya dengan 3gp yang berunsur seks terutama di kalangan remaja. Tak ketinggalan juga 3gp koleksi-koleksi peribadi yang sudah kerepot, perut dah gayut / gendut / perut berlipat-lipat. Buruk la..buruk sesangat, bengkok ada, pendek ada, leper ada....adoii...

Ya aku tau la..yang tu untuk koleksi korang dengan laki/bini korang, tapi beringat la beb, kalau dah terlepas kat orang lain,

hah...kau kena terima la yang kau tu sekarang telah menjadi bahan tatapan umum ibarat korang berjimak kat tengah-tengah padang bola, di pertuntunkan di screen besar dan di sorak-sorak penyokong korang. Hebat...tapi bengappppp.

So aku tak reti nak nasihatkan pada korang yang hebat ni sapa la aku ni, tapi kalau korang nak share jugak..aku cuma leh bagi tau...cukup la dengan khayalan nafsu yang terlintas di minda korang yang korang nak buat koleksi peribadi tu, salah satunya akan menimbulkan aib dan juga fitnah sampai bila-bila.

Cuba bayangkan klip 3gp tu esok sampai kat anak korang, apa korang nak jawab..mungkin korang leh jawab tu masa zaman bengap korang tapi bagi anak tu nak menempuh hari demi hari, di hina, di caci..lepas tu gambar tu di share pulak antara kawan-kawan anak korang, Nauzubillah, ingat, IT bertambah laju, so korang tak payah fikir 88 kali dah pasal ni..JUST STOP IT NOW .

ok kemersial break jap.

wassalam

Segulung Rokok Daun (macam sekapur sirih la)


Salam my fren,


Aku mmg tak berapa reti nak tulis blog ni tapi di sebabkan desakan nafsu aku untuk memiliki satu blog maka dengan ini aku cuba realisasikan. Bukan sesaje aku nak tulis blog ni ke apa, tapi lebih pada satu matlamat.

Yang aku lihat, aku belek, aku teliti...benda ni akan berterusan tanpa ada penghujung, bah kan ia akan bertambah buruk lagi..jadi di sebabkan ini lah aku berhasrat untuk memiliki blog, (ala free aje blog ni bukan bayor pon..kekeke) jadi aku berharap kita sama-sama memberi idea atau pandangan terhadap masalah ini.

Jadi sekiranya terkasar bahasa / tercarut / termaki / ter...ter...semua tu aku minta maaf awal2 lagi yek. Terlanjur ni pon satu masalah yang akan aku kupas sikit demi sikit.

ok fren kita kasi komersial break jap.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...