Thursday, July 16, 2009

Berubah Jangan Drastik

Salam my Fren


Nak berubah kena slow-slow, jangan gopoh, fokus pada matlamat dan laksanakan perintah yang Wajib. Solat jangan tinggal.

Dalam sehari buat la solat Taubat 2 rakaat, tu dah memadai bagi yang memula mencari ketenangan. Tak perlu di canangkan atau pergi ketuk-ketuk kat masjid untuk nak beritahu pada sekalian penduduk kampung yang kita nak berubah, kita berubah dari dalam dulu, didik hati supaya tinggalkan semua perkara maksiat. Didik hati laksanakan perintah ALlah tak dapat buat banyak dapat buat yang sikit pon tak pe, tapi jangan berkira dalam beribadat.

Apa yang kita buat tu rasakan itu semua adalah rahmat ALlah pada diri kita. bukan sebab diri nak jadi baik tapi kerana kehendak Allah itu sendiri. Kita ni lemah, kalau kita ni hebat sangat tentu kita sendiri yang hapuskan dosa kita kan, ini tak dosa kecik pon kita kena minta ampun kat ALlah. Cari kawan-kawan yang sederhana dalam hidup, kalau terlalu baik sangat kawan pening kepala nanti. sebab susah nak match..kalau dapat match lagi bagus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...