Tuesday, November 24, 2009

Bertambah ganas manusia ini

..
Salam

dari terus mengikuti perkembangan semasa..bertambah banyak pulak berita2 keMAKSIATan berleluasa.

Apa sebenarnya yang berlaku..benarlah kata Nabi kita Muhammad S.aw. bahawa akan satu ketika akan berlaku maksiat yang berleluasa..bahkan berlaku di tepi jalanan.

Ini semua sudah berlaku..lihat saja anak2 muda yang duduk bertenggek macam beruk secara berkumpulan..melayan aksi lucah dalam hp..tu semua berlaku di jalanan. maksiat bukan saja berlaku apa bila ada pasangan jantan dan betina..tapi berlaku juga maksia mata, tangan, kaki telinga...kena ingat kesemuanya. sekurang2nya ada 7 punca maksiat.

ok lah..beruk2 sekalian wa nak rehat sekejap.


.

Monday, November 9, 2009

Anak Luar Nikah meningkat

.

Johor Baharu - Johor mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah seramai 2,399 orang bermula Januari sehingga Mei tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,610 orang sejak 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, berdasarkan jumlah itu, kaum Cina mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah tertinggi iaitu 1,397 orang diikuti Melayu seramai 592 orang dan India (410).

Beliau berkata, jumlah kelahiran anak luar nikah di negeri ini pada tahun lalu adalah seramai 3,380 orang yang menyaksikan peningkatan jumlah bagi setiap tahun sejak 2006.

"Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak luar nikah di bawah umur 21 tahun sepanjang lima bulan tahun ini adalah seramai 400 orang manakala pada tahun lalu 880 orang. Sementara itu, jumlah permohonan daftar lewat kelahiran pula bermula Januari hingga 25 Jun lalu adalah seramai 732 orang dan jumlah keseluruhan permohonan sejak 2006 adalah seramai 4,302 orang," katanya.

2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor
= 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sahih ke tak sahih..

.

Friday, November 6, 2009

Kan dah kena SAMAN..anak oh anak..

.

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.


Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


Agak-agak korang sampai hati tak nak halau ibubapa keluar dari rumah...petuihhhhhh


.

Monday, November 2, 2009

Nak kenal pasangan ?

Salam

Nak kenal pasangan lihat dulu sapa kawan-kawan pada pasangan kita..kalau jenis yang tunggang langgang..ada harapan pasangan kita itu pon jenis yang semacam itu..esok kita pon jadi tunggang langgang sama. bila dah tunggang langgang, ada harapan le nak menonggeng, hah..masa tu mata hitam dah tak nampak, nampak mata putih aje...dah masuk alam syiok kononnya..pirahhh...mula janji manis di taburkan..itu pon kalau dapat rasa manisnya..kalau dapat hempedu katat...mati katak le sorang2 bawak perut memboyot...Nauzubillah.

Jadi selidik betul2 sapa kawan2 pada pasangan kita. Mudah-mudahan sedikit gambaran penilaian akan dapat kita lihat pada pasangan kita. Kalau di sorok macam mana pon pasti terburai..ibarat katak kena gelek ngan taya kete. Katak juga jadi mangsa yek...heheheheh


ok..lepak jap.


.

Selalu teringatkan nak buat maksiat

.
Salam

Ermmm, ramai yang selalu terasa begini, bila di lihat dan di teliti antara faktornya adalah mind set kita sendiri yang menjurus ke aras pemikiran yang semacam tu. Hati kotor, minda kotor, percakapan kotor...itu yang terlintas dalam diri untuk menzahirkan perkara yang kotor tu tadi dengan perbuatan. Bila dah terzahir dengan perbuatan..bersorak sekalian iblis dan syaithan. Jadilah kita kuda tungangan Nafsu. bayangkan kita jadi kuda di tunggang oleh orang lain...jangan lah letakkan diri kita yang Tuhan jadikan sesempurna kejadian ini tapi di tunggang oleh iblis dan syaithan. Penat oo...50 tahun hidup tapi jadi hamba pada syhaitan. seposen tak untung


Fikir2kan lah

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...