Monday, May 31, 2010

Hantar anak mengaji

Salam..asyik nak bengang aje kan..tak syok la.

Secara peribadi saya melihat, banyak manfaatnya apa bila menghantar anak2 ini ke sekolah agama. Biar la anak ini penat.. jalan sampai mengeheret beg, berjalan menggunakan lutut..tapi yang paling penting kita mahukan anak2 ini esok tahu membezakan halal dan haram. Setidak-tidaknya mereka ini dapat menempuh dunia ini dengan berbekalkan ilmu pengetahuan agama. Asas mesti nak ada..Agama tu penting..ok..ok (control bengang ni)

Bila mereka dah besar esok, mana larat dan mampu kita nak ikut bontot anak2 ni untuk ambil berat dari hari ke hari..setidaknya asas agama tu tadi menjadi pengetahuan dan menjadi guide pada mereka. Ingat!! hantar anak ke sekolah agama.

Bermula pembuangan bayi di sebabkan berpegang-pegang tangan

Bermula pembuangan bayi di sebabkan berpegang-pegang tangan tanpa kira kenal halal dan haram. Ntah-ntah tak tau pon yang agama islam ni ada hukum..waduhhhh

Kerani Bank dengan laman web lucahnya..

KLANG: Akibat cuba meraih pendapatan sampingan dengan menawarkan kandungan lucah menerusi laman web berasaskan keahlian, pada Jun tahun lalu, seorang kerani bank dikenakan hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas Tajulzairi Tajuddin, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet beralamat IP 112.137.162.108 di laman web www.wanitamelayu2.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Selain itu, dia memohon mahkamah menimbangkan faktor bahawa dia perlu menyara dua anak. Bagaimanapun, Pendakwa Raya SKMM, Badius Zaman Ahmad berkata, hukuman berat perlu dikenakan kerana perbuatan itu boleh menyumbang kepada peningkatan jenayah seksual di negara ini.

p/s : harap lepas ni lebih byk tangkapan di buat.

Thursday, May 27, 2010

Bawak HP ke sekolah

Siapa yang membenarkan membawak hp ke sekolah?

Wednesday, May 26, 2010

Nak salah kan sapa dalam kes ni?




Pertama mesti tengok dulu cara hidup remaja2 ni. Dah dapat didikan atau tidak..kalau dah dapat sah2 remaja ni tak de akal untuk berpikir.

Kalau tak dapat didikan agama..patut di salahkan ibubapa..tapi bagi mereka yang remaja, selagi mana otak korang masih berfungsi untuk berpikir..maka gunakan kanlah kepala hotak tu untuk berpikir, di sini kalau nak salahkan ibubapa yang tak bagi didikan pada anak2, hanya dalam peratus yang sikit sahaja..selebihnya korang yang remaja ni kena pikir jalan sama ada memilih yang baik atau buruk.

Totally bila di tanya soalan sapa patut di salahkan ramai yang jawab diri sendiri. Ya aku setuju juga. Jangan asyik nak salahkan orang lain. sendiri kangkang sendiri tanggung. Terlentang-terlentang meh sini aku lempang....

Tapi rata-rata remaja yang mengalami masalah sakit otak yang tak leh nak berpikir buruk dan baik mesti dari anak-anak yang tak dapat didikan awal.

boleh atau tidak kita katakan..perangai anak-anak (remaja yang bengong ni) adalah duplicate / photostate dari perangai mak bapak diaorang masa dulu-dulu.

ada mak bapak yg nak jawab?....hah silakan

Terpikir jugak aku di sini.....

Remaja yang buang anak tu agak2 baca blog ke? macam tak IT aje budak-budak remaja ni ....

Katakan Tidak Pada Cinta

Sudah tiba dan saatnya..semua remaja di larang bercinta pada usia remaja. (hahh apasal tu tak puas hati..aku lempang sekor-sekor kang). Dah di beri akal dan kepala hotak tapi tak reti nak manfaatkan..setakat guna kepala lutut elok di letak lutut tu kat rel ketapi. Oh ya ada satu lagi kepala...kepala tut korang..yg tu langsung tak leh guna untuk pikir..elok di kerat buat goreng bagi gagak makan..aku rasa gagak pon tak nak makan, mana taknya tut korang tu di hala pada yang haram.

Yang mengangkang tu elok di campak ke longkang baru tau longkang tu dalam tak dalam.
Lagi sekali di ingatkan Jangan dekat dengan Zina..bau-bau zina pon jangan nak dekat. Memang akan terpalit.

Jangan di murahkan harga diri. Diri tu bukan nak di ratah oleh orang yang bukan halal. Kau senang2 aje bagi kat malaun tu (opss...sori, kekasih buah hati korang heheheh). Bengapppp...

lepak jap..gi minum secawan dua

Lagi kes buang anak / bunuh anak

Apa tahap kemanusiaan yang patut di letakkan orang yang buang anak / bunuh anak ni.
Tak terpikir ke..masa di letakkan budak tu kat tempat sunyi, gelap..apa yang budak tu alami ? kena sejuk malam, kalau yang buang kat sungai, tak bernapas budak tu.

Kau orang memang ZALIM. petuihhhhhh...

note : bengang ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...