Monday, May 31, 2010

Kerani Bank dengan laman web lucahnya..

KLANG: Akibat cuba meraih pendapatan sampingan dengan menawarkan kandungan lucah menerusi laman web berasaskan keahlian, pada Jun tahun lalu, seorang kerani bank dikenakan hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas Tajulzairi Tajuddin, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet beralamat IP 112.137.162.108 di laman web www.wanitamelayu2.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Selain itu, dia memohon mahkamah menimbangkan faktor bahawa dia perlu menyara dua anak. Bagaimanapun, Pendakwa Raya SKMM, Badius Zaman Ahmad berkata, hukuman berat perlu dikenakan kerana perbuatan itu boleh menyumbang kepada peningkatan jenayah seksual di negara ini.

p/s : harap lepas ni lebih byk tangkapan di buat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...