Showing posts with label Buang Anak. Show all posts
Showing posts with label Buang Anak. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Baru 10 hari 2011

Di khabarkan baru saja masuk 2011 sudah ada 7 kes pembuangan bayi..adeshhh.

Monday, October 4, 2010

AWAS Perangkap Anak-anak Perempuan Islam

AWAS Perangkap Anak-anak Perempuan Islam
dari blog http://www.ustaznoramin.com/2010/09/awas-perangkap-anak-anak-perempuan.html

Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Anak Dara Atau Gadis Sekarang Jahil Agama

Copy dari blog http://www.ustaznoramin.com/2010/03/anak-dara-atau-gadis-sekarang-jahil.html

Anak Dara Atau Gadis Sekarang Jahil Agama
Memahami isu hamil dan dara adalah berbeza dengan memahami bahawasanya tanpa pendidikan seks akan menghasilkan remaja yang naïf tentang imej diri, menjaga keperawanan dan maruah hingga terjerumus ke lembah seks bebas. Islam datang dengan hukum-hakam untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia.

Antaranya ialah hukum hakam tentang solat, puasa, haid-nifas, pernikahan, kelahiran dan sebagainya. Dalam proses memahami hukum-hakam ini, umat Islam didedahkan dengan aspek biologi dan fisiologi manusia sehingga mereka mengetahui tentang kitaran haid dan kaitannya dengan hukum solat, hukum berpuasa, hukum berkaitan hubungan jenis, nikah dan lain-lain.

Thursday, May 27, 2010

Bawak HP ke sekolah

Siapa yang membenarkan membawak hp ke sekolah?

Wednesday, May 26, 2010

Nak salah kan sapa dalam kes ni?




Pertama mesti tengok dulu cara hidup remaja2 ni. Dah dapat didikan atau tidak..kalau dah dapat sah2 remaja ni tak de akal untuk berpikir.

Kalau tak dapat didikan agama..patut di salahkan ibubapa..tapi bagi mereka yang remaja, selagi mana otak korang masih berfungsi untuk berpikir..maka gunakan kanlah kepala hotak tu untuk berpikir, di sini kalau nak salahkan ibubapa yang tak bagi didikan pada anak2, hanya dalam peratus yang sikit sahaja..selebihnya korang yang remaja ni kena pikir jalan sama ada memilih yang baik atau buruk.

Totally bila di tanya soalan sapa patut di salahkan ramai yang jawab diri sendiri. Ya aku setuju juga. Jangan asyik nak salahkan orang lain. sendiri kangkang sendiri tanggung. Terlentang-terlentang meh sini aku lempang....

Tapi rata-rata remaja yang mengalami masalah sakit otak yang tak leh nak berpikir buruk dan baik mesti dari anak-anak yang tak dapat didikan awal.

boleh atau tidak kita katakan..perangai anak-anak (remaja yang bengong ni) adalah duplicate / photostate dari perangai mak bapak diaorang masa dulu-dulu.

ada mak bapak yg nak jawab?....hah silakan

Terpikir jugak aku di sini.....

Remaja yang buang anak tu agak2 baca blog ke? macam tak IT aje budak-budak remaja ni ....

Katakan Tidak Pada Cinta

Sudah tiba dan saatnya..semua remaja di larang bercinta pada usia remaja. (hahh apasal tu tak puas hati..aku lempang sekor-sekor kang). Dah di beri akal dan kepala hotak tapi tak reti nak manfaatkan..setakat guna kepala lutut elok di letak lutut tu kat rel ketapi. Oh ya ada satu lagi kepala...kepala tut korang..yg tu langsung tak leh guna untuk pikir..elok di kerat buat goreng bagi gagak makan..aku rasa gagak pon tak nak makan, mana taknya tut korang tu di hala pada yang haram.

Yang mengangkang tu elok di campak ke longkang baru tau longkang tu dalam tak dalam.
Lagi sekali di ingatkan Jangan dekat dengan Zina..bau-bau zina pon jangan nak dekat. Memang akan terpalit.

Jangan di murahkan harga diri. Diri tu bukan nak di ratah oleh orang yang bukan halal. Kau senang2 aje bagi kat malaun tu (opss...sori, kekasih buah hati korang heheheh). Bengapppp...

lepak jap..gi minum secawan dua

Lagi kes buang anak / bunuh anak

Apa tahap kemanusiaan yang patut di letakkan orang yang buang anak / bunuh anak ni.
Tak terpikir ke..masa di letakkan budak tu kat tempat sunyi, gelap..apa yang budak tu alami ? kena sejuk malam, kalau yang buang kat sungai, tak bernapas budak tu.

Kau orang memang ZALIM. petuihhhhhh...

note : bengang ni..

Thursday, April 1, 2010

Makin Menjadi2 Pembuangan Bayi




Lepas satu2 kes yang di laporkan tentang pembuangan bayi. Benda ni memang takkan dapat di selesaikan...di jangka tahun ni lebih byk dari tahun2 yang sudah.

kalau di teliti..dari satu tahun ke satu tahun. bukan berlaku pengurangan tapi berlaku penambahan yang amat menyedihkan. Bayangkan saja zaman anak2 kita esok, mungkin bayi ni dah menjadi macam sampah sarap...mana taknya Nabi ada bersabda, sampai satu masa penzinaan tu akan berlaku di tepi2 jalan saja.

Pada kawan2 yang tengan mengelenyor (gatal) tu beringat2 la..setiap kejahatan yang kamu kerjakan akan di tuntut. Di tuntut bukan macam manusia minta seposen dua..tapi beserta dengna pembalasan yang amat pedih.

Friday, August 14, 2009

Sejak akhir2 ni kena byk bersabar

.

Sabar..sabar, koranag ada baca kes buang bayi di asrama, sekolah agama tu ?

Sabar..sabar

.....

.

Wednesday, August 5, 2009

Bayi mati di makan biawak

.

Komen aku : Sebenarnya Allah Taala nak tunjuk pada mak bapak dia esok kalau mati itu la siksaan yang akan di terima oleh mak bapak dia. Budak tu dah mmg ke syurga.

KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut

Sumber : KOSMO 5 Ogos 2009




.

Thursday, July 23, 2009

10 kali gugur anak

.


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri - H.METRO (bila? entah le)


KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.( -----------> panjang berita ni, malas nak paste..tapi ending dia)

dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.


.

Thursday, July 16, 2009

Sudah 2 kali gugurkan kandungan

Salam my Fren

Adoiii bab ni memang tak tahan nak dengar...
orang kat luar sana punya la teruk nak dapatkan anak, kau plak nak buang anak,.....(biasa dengar ayat-ayat ni kan)
Benda ni berlaku juga pada kawan aku, jenuh nasihat. Memula ye..ye, last abis. Ini le bahana kalau turut nafsu, satunya dah tiada perasaan malu, keduanya dah mula ada sifat membunuh (mmg takde belas kasihan) yang ketiga akan di selubungi satu perasaan yang salah menyalahi diri sendiri.

Tapi yang aku heran kejadian yang pertama dulu tak menjadi pengajaran ke pada orang macam mereka ni, ke bila dah stimm, mata hitam dah hilang lupa segalanya ? Ya ALlah ampunkan lah dosaku.

Kadang-kadang terpikir dosa mencuri duit 5 sen pon ntah di ampunkan ke tidak...

Buang Anak



Salam my Fren


Tak silap aku solat Jumaat yang lepas Pak Khatib bagi kutbah pasal ni la, makin meningkat kes ni, aku sedih sungguh bila baca kes yang sebegini.

Bayangkan anak kecik tu di tinggalkan kat tong sampah dalam keadaan gelap, di bubuh dalam plastik plak tu...tak kira la budak tu dah mati awal ke tak tapi cuba kita rasa perasaan yang tu. Ada pulak yang di campakkan ke sungai..agak2 korang macam mana cara budak tu bernapas, tercungap la, bengong tol, bayi tu mesti dia ingatkan dia tengah minum air susu ibu dia tapi rupanya air sungai yang penuh dengan taik, sampah.

Ye betol budak tu takde dosa, memang terus ke syurga, tu budak tu yang masuk syurga..kita yang buat dosa ni...tunggu aje la di siat-siat.

ok komersial break jap (sedih beb)

wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...